Lihatlah Betapa Teruknya Keadaan Zoo Negara Kita Sekarang Ni

TERKINI
April 02, 2021 - 07:50 AM


Disebabkan pandemik COVID-19 pada tahun lepas, memang tidak dinafikan banyak institusi terjejas teruk dan salah satu yang terkesan dengan wabak tersebut adalah Zoo Negara kita sendiri. Pada November 2020 yang lepas, Dr Mat Naim Ramli, Pengarah Zoologi, Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara berkata, Zoo Negara hanya boleh survive lagi 4 bulan sahaja.

Dan setelah Zoo Negara dibuka semula baru-baru ini, seorang netizen meluahkan rasa kesal terhadap kondisi lokasi tersebut. Netizen yang bernama Kinz Lai sangat sedih dengan keadaan haiwan yang terpaksa duduk di dalam kawasan yang sangat kotor. Bila tengok kawasan akuarium, air dia sangat keruh sampai tak nampak lansung ikan dalam tu (ya, gambar di bawah ni akuarium ikan tau). 

Beliau kemudiannya pergi ke kawasan penguin dan melihat kondisi yang sama di mana haiwan tersebut terpaksa tinggal dalam keadaan kotor. Menurut Kinz, selain dari kawasan parking dan gerai makanan, tak ada satu pun pekerja yang dapat dilihat di dalam zoo tersebut untuk membersihkan kawasan ataupun menjaga SOP yang telah ditetapkan. 

Yang lagi menyedihkan korang boleh lihat sendiri haiwan seperti harimau dan singa yang kurus kering seolah-olah tidak diberi makan di sini. Bukan tu je, dah la zoo ni penuh dengan orang terutamanya budak-budak sekolah, aircond rosak, bau busuk pulak tu. Inikah apa yang kita bakal tunjukkan kepada generasi akan datang? Jangan pelik kalau mereka tidak menghargai lokasi-lokasi sebegini pada masa akan datang.

Sumber: Kinz Lai

Destination: