Zoo Negara Dah Buka Balik, Siap Ada Diskaun! Jom Pergi!

TERKINI
March 04, 2021 - 03:54 PM


Setelah sekian lama tutup akibat PKP, akhirnya MKN telah memberikan kebenaran untuk Zoo Negara beroperasi semula, tetapi dengan SOP yang lebih ketat. Mereka hanya boleh membenarkan 2500 pelawat untuk masuk pada satu-satu masa dari 9 pagi hingga 5 petang. 

Naib Presiden Zoo Negara, Rosly berkata sekiranya Zoo Negara masih tidak dibenarkan beroperasi, zoo tersebut berkemungkinan akan perlu bersedia untuk menghadapi masalah yang besar. 

Untuk korang yang berminat nak pergi Zoo Negara, korang patut pergi pada hari pembukaan semula dorang iaitu esok, 5 Mac 2021 sebab korang akan dapat 20% diskaun harga tiket. 

Menurut Rosly, Zoo Negara telah mendapat bantuan RM11 juta daripada pelbagai agensi kerjaan, NGO, badan-badan sukarelawan, dan persendirian ketika PKP, bagi membantu menampung kos membeli makanan, ubat-ubatan, dan kos operasi. 

Mereka yang berminat untuk memancing turut boleh datang untuk memancing dengan harga RM35 seorang dari jam 9 pagi, hinggi 3:30 petang. Mereka baru sahaja menambah 1400kg ikan baharu pelbagai jenis ke dalam Tasik Tuanku Abdul Rahman yanng terletak di tengah-tengah Zoo Negara. Tapi, ikan yang melebihi berat 10kg perlu dilepaskan semula ke dalam tasik tersebut. 

Sumber: The Star

Destination: