Lima Jalan Utama Kuala Lumpur Bakal Dijadikan Mesra Pejalan Kaki

TERKINI
February 10, 2020 - 01:11 PM


Pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) baru – baru ini telah mengeluarkan kenyataan berkenaan 10 buah jalan di sekitar Kuala Lumpur yang akan dijadikan mesra pejalan kaki dan 5 daripadanya merupakan jalan utama di Kuala Lumpur termasuklah Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang akan dijadikan laluan pejalan kaki tahun ini.

Menurut laporan Malay Mail, perancangan DBKL ini akan turut melibatkan beberapa buah jalan di Bangsar, Brickfields dan Bukit Bintang.

Selain itu, sesi ujian yang dijalankan di jalan TAR yang dihentikan tahun sudah akan dikaji semula kerana ianya akan disambungkan terus ke Jalan Raja sehingga persimpangan Leboh Pasar Besar.

Penutupan jalan ini merupakan sebahagian daripada pelan DBKL yang bakal direalisasikan tahun ini. Tambahan itu, pelbagai kempen kesedaran termasuklah untuk mendidik pengguna jalan raya serta mengadakan sesi percubaan sebelum laluan – laluan ini ditutup nanti.

Buat masa ini, masih belum ditetapkan rancangannya sama ada ia akan ditutup sepenuhnya pada hari biasa atau hanya ditutup pada hujung minggu atau ditutup sebahagian jalan atau sepenuhnya.

Jika mengikut sesi ujian sebelum ini, laluan ini ditutup kepada semua kecuali kenderaan  e-hailing dan teksi.

 

Destination: