Mahukan Udara Segar, Penumpang Buka Pintu Kecemasan Pesawat

VIRAL
October 02, 2019 - 01:00 PM


Sememangnya kadangkala menaiki pesawat akan membuatkan seseorang berasa rimas ataupun lemas kerana sesetengah pesawat yang kelihatan sempit.

Menurut sebuah laporan South China Morning Post, seorang wanita dalam penerbangan Xiamen Air dari Wuhan ke Lanzhou China secara tidak sengaja melambatkan dan menangguhkan penerbangannya sendiri selepas beliau membuka pintu kecemasan untuk mendapatkan ‘udara segar’.

Video yang berjaya dirakam dan tersebar di Weibo ini menunjukkan kejadian tersebut dan ianya belaku dibarisan dan tempat duduk yang menunjukkan pintu kecemasan pesawat tersebut telah terbuka dan tiada.

Wanita berkenaan yang duduk bersebelahan pintu kecemasan telah diberitahu oleh cabin krew supaya tidak menekan butang yang akan membuka pintu kecemasan. Namun, wanita tersebut tidak lama kemudian menekan butang berkenaan dan ianya membuka pintu kecemasan pesawat Xiamen Air tersebut.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dikenalpasti sama ada kejadian berlaku ketika pesawat sudah bergerak atau tidak.

Wanita berkenaan berdepan hukuman penjara atau denda kerana membuka pintu kecemasan pesawat (jika dilakukan sengaja) adalah salah dan menggangu undang – undang awam dalam pesawat.

Susulan kejadian, penerbangan Xiamen Air tersebut tertunda selama satu jam dan wanita berkenaan ditahan oleh pihak polis untuk siasatan.

Kalau nak diikutkan, ini bukan kali pertama kejadian penumpang cuba membuka pintu keselamatan, beberapa kes telah dicatatkan dan kebanyakkannya dilakukan tanpa sengaja kerana menyangka ianya pintu tandas atau dilakukan dalam keadaan mabuk.

- SCMP

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video