"Saya Tak Berdendam Terhadap Malaysia, Lawak Itu Sekadar Warm Up" - Jelas Pelawak Kontroversi Jocelyn Chia

TERKINI
June 12, 2023 - 05:59 PM


“Saya tidak berdendam dengan Malaysia, ia merupakan budaya biasa bagi pelawak untuk memanaskan penonton”.

@buletintv3 Meskipun kerajaan Singapura sudah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan tindakan melampau pelawak berasal dari negara itu, Jocelyn Chia.   Namun, komen yang disifatkan hinaan oleh pelawak itu terus dikecam pelbagai pihak. #BeritaDiTikTok #Singapura #JocelynChia #Pelawak ♬ original sound - BuletinTV3

Jelas pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia yang baru-baru ini mencipta kontroversi apabila membuat beberapa jenaka sensitif berkenaan negara ini.

Salah satu jenakanya adalah mengenai kehilangan pesawat Malaysia MH370, yang didakwa ‘tidak mendarat’ dengan mimik muka mengejek.

Memetik laporan CNN, Jocelyn berkata, rutin lawaknya itu telah dilakukan lebih daripada seratus kali selama satu tahun setengah tanpa sebarang masalah.

Menurutnya, apabila segmen tertentu dikeluarkan dan dipendekkan menjadi klip video pendek untuk dimuat naik dalam media sosial, beberapa konteks penting telah hilang.

“Saya memang melakukan setiap jenaka saya dengan berhati-hati. Saya berpegang teguh dengan lawak saya secara keseluruhan apabila ia ditonton di dalam kelab komedi.

“Apabila difikirkan, menjadikan keseluruhan persembahan kepada satu klip video pendek untuk tontonan luar daripada kelab komedi adalah sangat berisiko,” katanya.

Jocelyn juga berkata, rakyat Singapura telah lama mempunyai saingan mesra dengan Malaysia dan itulah yang menjadi dasar jenaka itu.

“Saya tidak berdendam terhadap Malaysia. Ia juga merupakan budaya biasa bagi pelawak untuk ‘memanaskan’ penonton secara langsung.

“Ahli penonton Malaysia sering datang pada saya selepas selesai melakukan persembahan untuk memberitahu mereka menyukai pertunjukan saya,” ujarnya.

Tambahnya, ada juga ahli penonton Malaysia jelas menunjukkan mereka tidak tersinggung ketika datang kepadanya selepas melakukan persembahan.

Destination: