Isu Peserta ATNM Kekwat, Astro Nafi Ianya Gimik!
TERKINITindakan salah seorang peserta program AlI Together Now Malaysia (ATNM) menjawab pertanyaan salah seorang juri, Catriona Ross dengan nada biadab serta bahasa tubuh tidak berpuas hati mengundang kemarahan netizen.
Cara jawab takde adab.... 😂😂😂#Budak16Tahun #AllTogetherNowMY2#FearTolakTepi pic.twitter.com/QbZxYmIIos
— Lan636 (@shazlan_80) December 18, 2022
Produksi program All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2), menafikan dakwaan insiden peserta memberikan jawapan sarkastik pada episod kedua minggu lalu adalah sebahagian daripada perancangan gimik mereka.
Penerbitnya, Nurul A’in Mohd Noor berkata,
“Itu adalah realiti dan pihak produksi tidak pernah merancang apa-apa gimik semata-mata untuk menaikkan rating. Produksi selalu mengingatkan peserta untuk menjadi diri sendiri dan membuat persembahan terbaik untuk memenangi hati juri dalam 90 saat persembahan mereka.
“Pihak poduksi tidak pernah menyuruh atau memaksa peserta membuat gimik di pentas hanya kerana mahu menaikkan rating.
“Lagipun, program ATNM2 diterbitkan untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian, sudah tentu kami mahukan pengisian yang memberikan impak positif,” katanya.
Nurul A’in berkata, mungkin ada pihak beranggapan kontroversi yang tercetus mampu melonjakkan populariti program tersebut, namun baginya, perkara itu bersifat subjektif.