"Ni Ke Perangai Negara Kelas Pertama?" - Warga Singapura Mengamuk Ditegur Isi Minyak Dalam Tong

TERKINI
June 21, 2023 - 12:17 PM


Viral sebuah video menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di sekitar Iskandar Puteri dekat sini malam semalam.

Difahamkan, kedua-dua lelaki Singapura itu bertindak berang setelah ditegur penghantar makanan terbabit ketika cuba mengisi minyak menggunakan tong.

Menerusi rakaman video pendek itu turut menunjukkan dua anggota polis bantuan dilihat cuba menenangkan keadaan.

Salah seorang daripada lelaki itu juga bertindak membuka bahagian belakang kenderaan sebelum mengeluarkan disyaki sebatang pengunci streng dipercayai cuba melakukan provokasi kepada rider berkenaan.

Polis bantuan berkenaan meminta kad pengenalan rider berkenaan sebelum kedua-dua lelaki itu cuba menyerang rider sekali lagi.

Destination: