"Sanggup Terjun Keluar Sebab Taknak Bayar!" - Pemandu E-Hailing Kongsi Pengalaman Ditipu Penumpang

TERKINI
August 16, 2023 - 04:04 PM


Masa kini, ramai lelaki yang menjadi pemandu e-hailing sebagai kerja sampingan mahupun sumber pendapatan utama. Biarpun mereka sedar akan risiko terdedah pada ancaman, apakan daya apabila itu sahaja pilihan yang mudah dan sesuai dengan kehidupan mereka.

Baru-baru ini, perkongsian dari @Ahmad Azahari di Facebook menarik perhatian orang ramai. Dia yang berkerja sebagai pemandu e-hailing berkongsi satu pengalaman atau insiden yang agak mengejutkan.

Menerusi ruang kapsyen dia menjelaskan bahawa sebelum ini dia pernah dapat seorang penumpang lelaki dipercayai dari Sabah yang menuju ke RHB Bank Bandar Baru Sungai Buloh dari Bukit Tinggi, Klang. Firasatnya mengatakan bahawa ini adalah penumpang yang sama yang pernah cuba untuk menipunya.

Ternayata gerak hatinya benar. Itu adalah lelaki yang sama. Dia bertindak menurunkan sedikit kerusi supaya kamera dapat merakam wajah penumpang tersebut dengan lebih jelas. 

Di awal perjalanan penumpang tersebut cuba untuk meminjam duit sebanyak RM 100 dan akan dibayar oleh kakaknya setelah tiba di RHB Bank Bandar Baru Sungai Buloh. Itu helah yang cuba digunakan penumpang tersebut.

Namun, Azahari nekad untuk membawa penumpang itu terus ke balai polis Pandamaran. Sedar akan tindakan Azhari, penumpang itu terus terjun keluar dengan membuka pintu belakang kereta.

 

Destination: