"Terpaling Basikal" - Berang Di Hon, Penunggang Basikal Tumbuk Kereta Sampai Kemek

TERKINI
September 12, 2023 - 11:55 AM


Sukan berbasikal semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai. Biarpun berbasikal adalah satu aktiviti yang sihat, para penunggang basikal sepatutnya lebih tahu akan di mana mereka boleh berbasikal dengan selamat dan tidak menggangu pengguna jalan raya yang lain.

Baru-baru ini viral satu klip video dari dashcam yang dimuatnaik di page Facebook SG Road Vigilante yang memaparkan satu insiden yang mencetus perdebatan penggguna media sosial.

Berdasarkan video, pemandu kereta itu terpaksa mengehon seorang penunggang basikal kerana berada terlalu dekat dengan keretanya. Namun akibat berang dan tidak puas hati, penunggang basikal tersebut bertindak dengan menumbuk kereta yang telah mengehonnya.

Tidak cukup dengan itu, mereka bertemu semula di tepi jalan untuk menyelesaikan masalah. Namun, penunggang basikal tersebut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemandu kereta itu. Kejadian itu dipercayai berlaku Jalan Sungei Tengah, Singapura.

Pihak polis juga tiba di lokasi kejadian namun setakat ini, tiada laporan rasmi tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.

Destination: