"Makin Lama, Makin Naik Kepala" - Pasangan Warga Asing Berang Dirakam Minta Sedekah

TERKINI
September 11, 2023 - 06:11 PM


 

Rakyat Malaysia memang terkenal sebagai satu warganegara yang sopan, saling menghormati dan juga bermurah hati. Jarang lah kita ni tidak menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Disebabkan itu juga kita sering diambil kesempatan oleh warga asing yang tidak bertanggungjawab.

Viral satu klip video yang merakam perbuatan sepasang warga asing yang cuba untuk meminta sedekah di sekitar ibu kota. Mereka yang dipercayai berasal dari negara Timur Tengah itu, cuba meraih simpati dari orang awam.

@raja_ipan #fyp ♬ original sound - 𝐈𝐩𝐚𝐧 𝔽𝕦𝕟𝕜𝕪 🧛 ✰

Kejadian dipercayai berlaku berhampiran dengan Suria KLCC. Pengadu bertindak merakam video pasangan berkenaan selepas mendapati mereka cuba meminta sedekah. Setelah menyedari perbuatan mereka dirakam, pasangan it segera beredar.

Namun, siapa sangka si isteri bertindak berani dengan menunjukkan isyarat lucah terhadap perakam akibat tidak puas hati. Di ruangan komen, ada beberapa netizen mendakwa pasangan ini menggunakan modus operandi yang sama di Melaka dan Johor.

 

Destination: