Malaysia Bakal Miliki 1 Lagi Lapangan Terbang Antarabangsa Iaitu Di Gebeng, Pahang

TERKINI
October 25, 2021 - 02:39 PM


Ketika ini Malaysia mempunyai keseluruhan 8 buah lapangan terbang antarabangsa antaranya Kuala Lumpur 1 & 2, Senai, Bayan Lepas, Langkawi, Melaka, Kota Kinabalu serta Kuching.

Namun tidak lama lagi negara juga bakal menambah satu lagi lapangan terbang antarabangsa iaitu di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Ini kerana menurut laporan Bernama, kerajaan Pahang sedang merancang untuk membina lapangan terbang antarabangsa baru di Gebeng yang secara dasarnya telah dipersetujui Majlis Perancangan Fizikal Negara.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Khamis lepas, dengan kerajaan negeri diminta membuat kajian mendalam projek itu, yang akan menjadi sebahagian daripada rancangan Pahang mewujudkan bandar aeroangkasa di Gebeng menjelang tahun 2050.

"Kita melihat ada keperluan untuk membina lapangan terbang baru kerana di Pantai Timur masih belum ada lapangan terbang antarabangsa dan ini dapat memberi kemudahan infrastruktur pengangkutan lebih baik, meningkatkan ekonomi dan sektor pelancongan.

"Ia juga dirancang mengambil kira faktor kita tidak boleh melakukan pembesaran di lapangan terbang sedia ada (Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah) kerana ia milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mungkin melibatkan faktor keselamatan," katanya.

Sumber: BERNAMA

Destination: