Isu Layanan Double Standard Terhadap Jemaah, Masjid Putra Minta Maaf
TERKINISetelah tular satu video yang hangat diperkatakan di media sosial dimana didakwa terdapat layanan yang berbeza terhadap para jemaah yang hadir untuk solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya. Isu yang berbangkit mengenai segelinir jemaah yang tidak dibenarkan masuk namun mereka yang berkedudukan tinggi dibenarkan masuk walaupun hadir lewat.
Sehubungan dengan itu, pihak Masjid Putra cuba menjelaskan bahawa pengurusan kehadiran jemaah sama ada solat fardhu lima waktu atau Solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Malah, kapasiti jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang dan daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kouta untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid.
Walau bagaimanapun, pihak Masjid Putra mengakui bahawa pihaknya sering menerima kehadiran jemaah yang melebihi kapasiti sepatutnya pada seawal jam 11 pagi untuk Solat Jumaat sejak beberapa minggu lalu. Malah, pintu pagar utama masjid akan ditutup apabila kapasiti jemaah telah mencukupi.
Lantaran isu ini, pihak pentadbiran masjid memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan akan mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan serta berusaha sedaya-upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan. Yang buruk datang dari kita sebagai manusia, Moga sama-sama kita muhasabah diri.