Masjid Terapung Ancol Bakal Gantikan Monas Sebagai Ikon Baru Jakarta

TERKINI
November 07, 2019 - 02:59 PM


Jakarta, ibu negara kepada komuniti majoriti Muslim terbesar dilaporkan bakal membina sebuah masjid terapung dan lokasi yang dikenalpasti ialah di salah sebuah pantai yang berada di Ancol Dreamland Park.

Pembinaan masjid baru ini dijangka bakal menjadi ‘ikon baru’ metropolis Jakarta.

Menurut pemaju hartanah tempatan, PT Pembangunan Jaya, pembinaan sebuah masjid akan diadakan diatas air (terapung) di Pantai Ria.

Masjid yang berkeluasan 2,000 meter persegi ini dijangka dapat memuatkan sehingga 2,500 orang pada satu masa dan dari segi reka bentuk; akan berbentuk pentagon yang melambangkan 5 rukun Islam dan solat 5 waktu.

Selain itu, rekaan masjid berkenaan bakal melambangkan perkembangan dan perjalanan agama Islam di Jakarta.

Masjid Al Munawar, Ternate

Selain berbentuk pentagon, masjid ini juga akan berketinggian 25 meter bagi melambangkan 25 Rasul yang disebut dalam Al-Quran selain mempunyai 6 buah menara bagi melambangkan 6 prinsip Rukun Iman.

Kedudukan masjid dan juga kiblat akan menghadap ke lautan yang terbuka dan ia secara tidak langsung bakal memberikan pengudaraan yang baik bagi mengekalkan suhu bersesuaian di dalam masjid.

Walaubagaimanapun, belum ada gambar dalam bentuk ilustrasi dan sebagainya yang dikeluarkan mahupun tarikh bermulanya pembinaan masjid berkenaan.

Feature Photo Kredit : Shutterstock/Akhmad Dody Firmansyah | Masjid Amirul Mukminin, Makassar

Destination: