Merakam Ketika Disuntik Vaksin Kini Dilarang Agar Proses Vaksinasi Lebih Pantas Dan Lancar

TERKINI
July 22, 2021 - 07:04 PM


Baru-baru ini tular pula kes pemberian vaksin kosong dimana penerima vaksin disuntik dengan picagari kosong yang tidak diisi vaksin, ataupun picagari yang tidak dipicit, dan hanya disuntik dan ditarik keluar semula begitu sahaja. Meskipun pihak berwajib telah mengeluarkan kenyataan bahawa kebarangkalian untuk berlakunya pemberian vaksin kosong adalah amat kecil, ramai yang masih gusar, dan ingin merakam proses tersebut untuk mengelakkan rasa was-was. 

Namun, kerajaan kini bekata mereka tidak dapat membenarkan penerima vaksin untuk merakam proses suntikan kerana ianya mungkin melambatkan keseleruhan proses vaksinasi di semua PPV. 

Sebaliknya, pemberi vaksin diarahkan untuk menerangkan dan menunjukkan kepada penerima proses mengisi vaksin ke dalam picagari dan penerima juga boleh mengawasi proses tersebut bagi mengelakkan rasa was-was. 

Berkaitan kes pemberian vaksin kosong pula, Timbalan Menteri Kesihatan berkata perkara berikut berkemungkinan berlaku akibat keletihan pekerja di PPV.