Mesra Alam! Bandar Warisan Taiping Bakal Terima Bas Elektrik Menjelang September!

TERKINI
May 25, 2022 - 10:29 AM

Bas elektrik (EV) yang sepatutnya dijadual beroperasi di Bandar Warisan Taiping pada April tahun ini terpaksa ditunda ke September ekoran kerosakan komponen elektrik pada bas berkenaan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir berkata kerosakan itu dikesan semasa kenderaan itu hendak dibawa bagi tujuan pemeriksaan di Puspakom.

Sumber & Kredit Gambar: syuderis.com

"Oleh kerana bas itu lama diletakkan di dalam stor di Cyberjaya didapati berlaku kerosakan pada komponen elektrik dan pihak perunding yang dilantik oleh Jepun telah datang untuk membuat pemeriksaan dan pembaikan serta mendapatkan alat ganti yang dijangka siap sebelum Julai ini," katanya dalam sidang media.

Destination: