Setelah Sepurnama Lamanya, MRT Putrajaya Beroperasi Mulai Hari Ini!

TERKINI
June 16, 2022 - 10:59 AM


Fasa 1 Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan mula beroperasi hari ini, satu lagi bentuk kemudahan pengangkutan awam yang menjanjikan akses lebih baik untuk orang ramai.

Dua belas stesen akan dibuka dalam fasa ini termasuk Kwasa Damansara, Kampung Selamat, Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Damansara Barat, dan Sri Damansara Sentral.

Enam lagi stesen ialah Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu.

Bas pengantara dan bas Go-KL akan disediakan di stesen bagi menyambungkan destinasi pertama dan terakhir.

Laluan itu pada awalnya dijadualkan mula beroperasi pada Ogos 2021, tetapi ditangguhkan ke pertengahan November lalu sebelum berdepan kelewatan sekali lagi.

Selepas siap sepenuhnya, MRT laluan Putrajaya akan meliputi jajaran sepanjang 57.7 kilometer dengan 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya.