Nak Bercuti Di Pantai Sekitar Selangor? Tangguh Dulu Sebab Air Pasang Besar Dijangka Melanda Bulan Ni Hingga Nov!

TERKINI
September 04, 2020 - 01:45 PM


Jika anda mempunyai rancangan untuk bercuti atau beriadah di tepi pantai di sekitar Selangor -- anda mungkin terpaksa membatalkan hasrat berkenaan.

Ini berikutan pesisir pantai di 5 daerah di negeri tersebut dijangka bakal mengalami fenomena air pasang besar dengan ketinggian air laut mencecah sehingga 5.8 meter, bermula bulan ini hingga November depan.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN) dalam kenyataan memaklumkan, fenomena air pasang besar dijangka berlaku pada tarikh-tarikh tertentu iaitu 19 dan 20 September; 17 hingga 19 Oktober; selain 15 dan 16 November.

Manakala lima daerah yang terlibat pula adalah Klang, Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam -- di mana 51 kawasan dikenalpasti berisiko tinggi dilanda banjir sekiranya fenomena itu disertai hujan lebat dan angin kencang.

Oleh itu, penduduk dan orang ramai yang berada di kawasan berisiko dinasihatkan supaya sentiasa  mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan.

Sumber: Bernama

Destination: