Nak Menang Hadiah Challenge 10k Punya Pasal, Isteri Mengandung Terjatuh Dirempuh Orang Ramai

TERKINI
April 20, 2022 - 03:12 PM


Semalam, tular satu video di laman Twitter memaparkan seorang wanita telah terjatuh ditolak orang ramai yang dilihat sedang berebut-rebut memasuki sebuah padang.

Difahamkan wanita yang terjatuh itu sedang hamil dan insiden itu juga telah menimbulkan kemarahan suami mangsa yang juga berada di tempat kejadian. 

Susulan daripada video itu, tular lagi sebuah video yang memaparkan suami kepada mangsa berhadapan dengan pihak yang mengadakan event tersebut berkenaan keadaan isterinya.

Menurut lelaki itu, jika anak di dalam kandungan isterinya meninggal dunia, adakah pihak tersebut akan bertanggungjawab? Malah dia juga menolak untuk menerima tawaran untuk menghantar isterinya ke hospital.

Rupa-rupanya, kekecohan itu berlaku di acara Youtuber terkenal Isa Isarb. Difahamkan Isa Isarb telah berkongsi mengenai acara tersebut di TikTok menjelaskan bahawa dia mengadakan satu ‘game’ yang mana memerlukan lebih kurang 50 orang peserta pertama untuk menyertainya dan hanya seorang pemenang akan mendapat hadiah wang lumayan sebanyak RM10,000. Event tersebut diadakan di Gardens Arena, Rawang pada jam 2 petang semalam (Selasa).

Destination: