Nampaknya Pahang Dah Hilang Lebih Dari 1.05 Juta Pelancong Pada Tahun Ni, Tapi Masih Ada Harapan

TERKINI
September 28, 2020 - 01:53 PM


Pahang kini sedang berdepan dengan satu krisis kerana negeri ini telah kehilangan pelancong sebanyak 1.05 juta orang sejak dari bulan Mac yang lalu.

Namun begitu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, walaupun ianya memberi kesan kepada sasaran untuk mencapai 15 juta pelancong pada tahun ini, kerajaan negeri sedang merancang pelbagai inisiatif bagi memastikan peningkatan pelancong khususnya pelancong domestik.

Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Kawasan Pelancongan

Salah satu daripada usaha tersebut ialah meningkatkan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di seluruh Pahang lebih-lebih lagi lokasi tumpuan yang sering dijadikan pusat eko pelancongan. Sungai Ichat yang terletak di Cameron Highland merupakan salah satu daripadanya. Sebelum ini sungai tersebut tercemar teruk dek kerana pelancong yang tidak bertanggungjawab.

Namun kini sungai tersebut telah pulih, dan ianya merupakan kejayaan besar untuk negeri Pahang. Sungai Ichat kini menjadi lokasi aktiviti riadah terkawal dan bebas dari pencemaran.

Tanjung Gemuk Dan Taman Negeri Rompin

Antara usaha lain dari kerajaan negeri ialah memajukan Tanjung Gemok, ia merupakan lokasi pintu masuk ke Pulau Tioman.

Bukan tu je, usaha untuk menaiktaraf Taman Negeri Rompin pun sudah hampir siap ketika ini. Taman Negeri tersebut akan dibuka semula pada 1 Oktober ini untuk orang awam. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy juga menyeru dan menjemput rakyat Malaysia untuk melancong di negeri Pahang. Banyak lokasi menarik dan khazanah alam yang unik ada di sini.

Dan memang betul apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Pahang tu, banyak sebenarnya lokasi menarik di Pahang yang mungkin ramai terlepas pandang. Nak tahu mana lokasi-lokasi tersebut? Boleh baca di artikel akan datang nanti ya.

 

Sumber: Utusan

Destination: