Peliknya, Kata ESCAPE Cameron Highlands Akan Dibuka 2023. Tapi MB Pahang Dakwa Takde Permohonan Pun Kata Nak Bina!

TERKINI
September 21, 2021 - 04:41 PM


Korang ingat tak sebelum ini, kecoh di media sosial tentang Cameron Highlands bakal memiliki sebuah taman tema ski seluas 24 hektar dengan kos bernilai RM100 juta yang diberi nama 'Escape Cameron Highlands', sehingga menimbulkan bantahan di kalangan NGO kerana didakwa bakal memberi kesan buruk terhadap kelestarian alam sekitar...

Rupa-rupanya cadangan pembinaan taman tema tersebut tidak pernah sampai permohonannya kepada Kerajaan Negeri Pahang yang berkuasa ke atas sebarang pentadbiran berkaitan tanah di negeri berkenaan.

Artikel Berkaitan: Malaysia Bakal Miliki Destinasi Pelancongan Bertaraf Dunia 'ESCAPE Cameron Highlands'!

Artikel Lain: Petisyen Henti Projek 'ESCAPE' Cameron Highland Mendapat Sambutan Yang Tinggi

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengatakan beliau tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak yang bercadang membina taman tema di Cameron Highlands.

Meskipun status tanah itu adalah milik persendirian, namun pihak terbabit tidak boleh berbuat apa-apa selagi belum mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.

Pada masa sama juga kata beliau, tiada sebarang perbincangan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri.

Justeru menurutnya, cadangan pembinaan taman tema berkenaan adalah tidak benar dan ia seharusnya dirujuk kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan maklumat lebih tepat.

"Hakikatnya, ia tidak betul dan jangan percaya kerana tidak pernah dibincangkan dalam MMK dan tiada sebarang permohonan yang diterima setakat ini.

"Tanya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain kerana ia tidak pernah dibincangkan.

"Mereka tetap perlu mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri walaupun tanah persendirian dan itu peraturannya," katanya.

P/S: Jadi, pihak yang mana betul ni? Hurmmm...

Sumber: Harian Metro

Destination: