Padang Dataran Merdeka Ditutup 5 Bulan Hingga Hujung Tahun Ini

TERKINI
July 29, 2020 - 04:56 PM


Mulai 1 Ogos ini, jika anda ada rancangan untuk beriadah di padang berhadapan Dataran Merdeka di ibu negara -- anda mungkin terpaksa membatalkan hasrat tersebut.

Ini kerana padang berkenaan akan ditutup sepenuhnya selama 5 bulan hingga 31 Disember depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Twitter rasmi mereka yang memberitahu bahawa penutupan tersebut adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan, termasuk penggantian rumput di padang berkenaan.

Proses penyelenggaraan dan penggantian rumput perlu dilakukan bagi memastikan kehijauan kawasan berkenaan dikekalkan serta meningkatkan kualiti padang.

Oleh itu, semua aktiviti tempahan padang di Dataran Merdeka ditutup buat sementara untuk orang ramai dan dijangka dibuka semula pada awal tahun depan.

Destination: