Pakai Kereta Mahal Pun Ceroboh Tol! Syarikat Tol Papar Nombor Plat Kereta Elak Bayar Tol

TERKINI
October 11, 2021 - 04:38 PM


Antara masalah yang menjadi 'pening kepala' setiap pemandu di Lembah Klang adalah keperluan untuk memastikan kad TouchNGo sentiasa terisi supaya tak perlu nak menyusahkan diri sekiranya melalui tol. 

Tapi, masalah ini sekarang dah diberi jalan penyelesaian yang mudah dengan wujudnya Waze, atau Google Maps yang bagi korang pilihan laluan tanpa tol. 

Tapi, kenapa masih ada yang gigih mencuba sedaya upaya untung elak daripada membayar tol? Kalau tak nak bayar, jangan lalu, simple!

Perbuatan mengelak daripada membayar tol ni amat bahaya sebab kereta yang ingin mengelak tersebut perlu mengikut rapat kereta yang berada di hadapan suapa 'sama-sama lepas'. 

Sekiranya pemandu gagal untuk 'agak' betul-betul jarak kereta, ataupun kereta depan menekan brek, maka pelanggaran akan berlaku. 

Kini kita hidup dalam zaman dashcam, kamera kecil yang diletakkan di dalam kereta yang akan merakam perjalanan setiap masa, bagi kegunaan apabila berlakunya kemalangan. 

Dengan itu, makin ramai golongan yang nak elak tol ni ditangkap. 

Selain itu, plaza tol juga dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang canggih yang boleh mengesan nombor plat kenderaan yang melanggar undang-undang. 

Baru-baru ini, tular senarai nombor plat yang menceroboh tol di Lebuhraya Guthrie, dengan amaran bahawa mereka yang menceroboh tol, akan didakwa. 

Netizen turut berkongsikan 'tip' sekiranya ingin mengenakan golongan ini. Perlahankan kenderaan ketika keluar daripada tol booth sekiranya diikut rapat oleh kereta belakang, supaya pengimbas kenderaan dapat mengimbas kereta satu persatu, jadi dorang tak akan terlepas.