Bawa Kereta Mewah, Tapi 'Lari' Dari Bayar Tol 45 Kali! Akhirnya Kantoi...

TERKINI
January 10, 2023 - 10:50 AM


"Dah masuk tahun 2023 pun perangai masih tak berubah -- tetap culas bayar tol"

Itu kekecewaan yang diluahkan oleh pihak Prolintas Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) yang akhirnya berjaya membongkar dan menahan seorang pemandu wanita sebuah kenderaan mewah kerana didapati culas membuat bayaran tol sebanyak 45 kali!

Menerusi sebuah ciapan di Twitter, Prolintas memaklumkan bahawa pemandu kereta mewah tersebut mempunyai tunggakan berjumlah RM275.65 dan diarahkan untuk menyelesaikannya serta-merta.

Pemandu wanita berkenaan bagaimanapun terus melangsaikan hutang bayaran tol itu kepada pihak Prolintas.

Tambah Prolintas, orang ramai dinasihatkan tidak meniru tindakan tersebut kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya.

“Jadikan ini ikhtibar dan jangan tiru aksi tak bermoral ini. Anda bukan saja menceroboh, perbuatan ini juga membahayakan kenderaan lain,” ujarnya.

Destination: