"Pakai Mask Atau Dihantar Pulang!" Amaran Buat Pelancong Ke Jepun

TERKINI
June 15, 2022 - 05:42 PM


Pelancong yang tiba di Jepun berisiko dihantar pulang jika gagal mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka, sanitasi tangan dan membeli insurans kesihatan persendirian.

Ia berdasarkan garis panduan terkini yang ditetapkan kerajaan Jepun menjelang pembukaan semula sempadan Jepun, yang dilaksanakan secara berhati-hati dan berperingkat.

Termasuk amaran bahawa pelancong mungkin diarah meninggalkan Jepun jika gagal mematuhi peraturan berkenaan.

Garis panduan yang diumumkan agensi pelancongan kerajaan Jepun awal minggu ini, adalah sebahagian daripada usaha untuk merancakkan semula kemasukan pelancong selepas sempadan negara itu ditutup sejak awal 2020.

Ejen pelancongan pula perlu merancang lawatan yang tidak membabitkan orang ramai, merekod pergerakan dan menemani individu yang positif COVID-19 serta kontak rapat ke fasiliti pengasingan.

Jepun hanya membenarkan kemasukan pelancong dari negara dan wilayah mencatatkan jumlah jangkitan yang rendah, terbahagi kepada tiga kategori iaitu merah, kuning dan biru, bergantung pada penilaian risiko virus masing-masing, kata Kementerian Luar Jepun.

Pelawat yang tiba dari 98 negara atau wilayah di dalam senarai biru tidak perlu dikuarantin selagi mana melepas saringan COVID-19 sebelum berlepas, manakala senarai kuning perlu menunjukkan bukti vaksinasi untuk tidak dikuarantin

Destination: