Pekerja Kesihatan Dikecam, Post Video Tiktok Menghukum Pesakit HIV

TERKINI
September 30, 2021 - 10:37 AM


Seorang individu yang dikatakan bekerja sebagai penolong pegawai kesihatan mendapat perhatian netizen berikutan dengan videonya yang menceritakan pasal pesakit HIV yang dirawat oleh beliau

Mungkin niat lelaki tersebut hanya untuk memberi kesedaran dimana ia boleh dipuji. Namun, secara tidak langsung stigma terhadap pesakit hiv di Malaysia tidak akan berkurang jika begitu pandangan masyarakat terhadap mereka.

Beliau mendedahkan gaya hidup pesakit yang suka berfoya foya, bertukar pasangan menyebabkannya dijangkiti HIV. Cara penyampaiannya yang seakan akan mengatakan bahawa ini adalah balasan tuhan akan perangai buruk pesakitnya itu. Yang tak enaknya, individu ini menjadikan pesakit ini sebagai content atau contoh dengan menjatuhkan hukum terhadap pesakitnya.

Perkara ini sampai ke perhatian Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan ternyata mereka kurang senang dengan kenyataan tersebut.

Menurut MAM, telah menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan menambahkan stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV.

Kata MAM menerusi laman Twitter rasmi mereka lagi, ia bagi memastikan maklumat mengenai HIV dilakukan  dengan betul dan selari dengan wawasan KKM dan Pelan Strategik Nasional ‘Ending AIDS 2030’ untuk mengakhiri stigma dan diskriminasi terhadap HIV.

Oleh itu, MAM memaklumkan perkara ini kepada Pegawai AIDS Negeri Perlis untuk membuat siasatan lanjut pasal lelaki tersebut.

Di Twitter, video ini telah meraih lebih daripada 1,000 perkongsian sejak dimuat naik semalam manakala di TikTok ia meraih lebih daripada sejuta tontonan sebelum profil tersebut disulitkan.

Destination: