Pelik Tapi Benar! Gurun Sahara Kini Diselimuti Salji, Suhu Di Bawah Paras Beku

TERKINI
January 21, 2022 - 01:12 PM


Gurun Sahara yang cukup terkenal dengan cuaca panas sepanjang tahun, diselimuti salji selepas suhu menurun mendadak di bawah paras beku.

Daily Mail melaporkan, ais menyelubungi bukit pasir dalam fenomena yang jarang berlaku di padang pasir terbesar di dunia itu dengan suhu pernah mencapai 58 darjah Celsius sebelum ini.

Jurugambar Karim Bouchetata merakam imej salji dan ais yang menakjubkan berhampiran bandar Ain Sefra di barat laut Algeria, semalam.

Di bandar itu, suhu direkodkan menjunam kepada -2 darjah Celsius.

Ini kejadian kelima Gurun Sahara diselimuti salji dalam tempoh 42 tahun ini selepas 1979, 2016, 2018 dan tahun lepas.

Ain Sefra, dikenali sebagai The Gateway to the Desert, dikelilingi Pergunungan Atlas.

Gurun Sahara meliputi sebahagian besar Afrika Utara dan telah melalui perubahan suhu serta kelembapan sejak beberapa ratus ribu tahun lalu.

Walaupun Sahara sangat kering pada siang, ia dijangka menghijau kira-kira 15,000 tahun lagi.

Sumber: Utusan Malaysia

Destination: