Ini Baru Betul 'Cinta Itu Buta'. Puteri Jepun Cetus Kontroversi Lepaskan Status Kerabat Untuk Kahwini Rakyat Biasa!

TERKINI
September 02, 2021 - 03:40 PM


Benar kata orang bahawa cinta boleh 'membutakan' siapa saja yang sedang dilamun olehnya.

Buktinya, anak saudara kepada Maharaja Jepun tetap kekal dengan keputusannya untuk mengahwini teman lelakinya, seorang rakyat biasa dan sanggup melepaskan status diraja yang dimilikinya.

Puteri Mako dilaporkan bakal mengahwini Kei Komuro akhir tahun ini dan perkahwinan itu akan berlangsung tanpa upacara rasmi sebagaimana yang biasa dijalankan untuk majlis perkahwinan diraja Jepun.

Ini sekaligus menjadikan Mako, puteri sulung kepada Putera Mahkota Fumihito sebagai wanita pertama yang tidak melangsungkan perkahwinan mengikut tradisi selepas Perang Dunia II.

Kisah cinta pasangan yang masing-masing berusia 29 tahun itu bermula apabila bertemu di universiti di Tokyo pada 2012.

Kedua-dua mereka dijangka bakal memulakan kehidupan baharu di Amerika Syarikat.

Di bawah peraturan semasa, wanita daripada keluarga diraja dilucutkan status kerabat jika mengahwini rakyat biasa.

Adinda Mako, Putera Hisahito, 14, kini berada di kedudukan kedua mewarisi takhta dan satu-satunya pewaris generasinya di bawah undang-undang diraja Jepun, berdasarkan peraturan "hanya lelaki dengan salasilah keturunan maharaja" layak mewarisi takhta.

Sumber: Astro Awani

Destination: