Pelajar Tidak Dilupakan! Singapura,Australia Bekerjama Untuk Gelembung Perjalanan
TERKININampaknya adalah peluang cerah buat pelajar-pelajar di Singapura, kerana Perdana Menteri tidak melupakan mereka. Sektor pendidikan bagi pelajar yang berada di luar negara sering dilupakan oleh pihak atasan apatah lagi sejak dilanda wabak COVID-19.
Dua buah negara ini telah bersetuju untuk membuka satu gelembung perjalanan seperti dirancang dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.
Kini telah disahkan oleh kedua Perdana Menteri Australia dan Singapura, Scott Morrison dan Lee Hsien Loong bahawa para pelajar akan menjadi kumpulan pertama untuk program gelembung perjalanan yang akan dijalankan oleh dua negara ini.
Perdana Menteri Singapura mengesahkan dalam satu kenyataan beliau salam menghadiri pertemuan negara maju G7, gelembung perjalanan ini akan diberikan satu pengalaman kepada pelajar. Demi menjaga nama baik di antara dua buah negara ini, perancangan ini diharap membolehkan semula aktiviti seperti perniagaan, percutian dan melanjutkan pelajaran buat mereka rakyat Singapura.
Kini vaksin telah diberi kepada 1.9 juta rakyat Singapura daripada 5.9 juta penduduknya. Manakala Australia masih 650,000 orang daripada 25 juta rakyatnya. Ini menjadikan satu faktor mengapa Australia berani untuk menerima pelancong atau pengunjung dari luar negara semula.
Program ini bagaikan 'sambil menyelam minum air' buat pelajar di Singapura dan juga negara itu sendiri. Ini kerana dalam menyatukan dua buah negara ini dalam sektor pendidikan malahan memberi pendedahan dan pengalaman untuk pelajar-pelajar dari Singapura bercuti di Australia. Untungnya diorang ni!
Sumber: Verst