Pelik La Lelaki Ni! Dah Lah Kahwin Dengan Periuk Nasi, 4 Hari Je Cerai Sebab 'Isteri' Cuma Pandai Masak Nasi

TERKINI
October 05, 2021 - 01:12 PM


Beberapa hari lepas viral di media sosial apabila seorang lelaki didakwa telah 'bernikah' dengan sebuah periuk nasi elektrik yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Bagaimanapun baru 4 hari 'beristerikan' periuk nasi itu, pemuda Indonesia bernama Khoirul Anam tersebut memilih untuk menceraikannya.

Suara.com melaporkan, alasan yang diberikan untuk 'bercerai' ialah kerana 'isterinya' itu hanya boleh memasak nasi.

Perkahwinan pelik itu disifatkan netizen sebagai gurauan sarkastik terhadap lelaki yang gemar memilih wanita yang berkulit putih, pendiam dan pandai memasak untuk dijadikan isteri.

Dalam ciapan yang dimuat naik di Twitter @lagidirumah itu -- Khoirul dilihat mengenakan pakaian serba putih sempena majlis tersebut, malah periuk nasi itu juga dipakai veil atau selendang.

Sumber: Awani

Destination: