
Pemandu Lori Disahkan "High" Ketika Merempuh!
TERKINIUpdate mengenai kemalangan ngeri yang viral semalam dimana sebuah lori pasir merempuh beberapa buah kenderaan di Jalan Ipoh.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JPST) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh menjelaskan bahawa hasil siasatan awal pemandu lori berusia 25 tahun tersebut positif dadah. Kemalangan yang berlaku kira-kira 2.40 petang semalam melibatkan sebuah lori yang merempuh lima buah kenderaan.
Namun, pemandu Perodua Myvi yang dirempuh lalu tersepit berjaya dikeluarkan dibantu oleh orang ramai dan hanya menglami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan susulan. Manakala pemandu 4 kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemandu tersebut telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Pemandu lori tersebut didapati positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin selepas menjalani ujian saringan awal air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.