Penangguhan Pinjaman Sedia Ada Automatik Selama Enam Bulan – Bank Negara

TERKINI
March 25, 2020 - 09:30 AM


Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan kesemua pelanggan perbankan termasuk individu serta perusahaan kecil sederhana (PKS) bagi menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka termasuklah gadai janji dan sewa beli, untuk tempoh enam bulan bermula April nanti.

Langkah ini adalah sebagai penambahan oleh BNM bagi mengurangkan beban perniagaan serta isi rumah yang dijangkakan bakal terkesan kerana penularan wabak COVID-19.

Menurut surat yang dikeluarkan kepada pengurusan kanan institusi kewangan tersebut, BNM berkata moratorium automatik berkenaan akan berkuatkuasa mulai 1 April ini.

Dalam masa yang sama, semua institusi perbankan perlu menyediakan maklumat yang mencukupi mengenai moratorium automatik berkenaan kepada individu dan peminjam PKS tentang bagaimana pembayaran pinjaman dan pembiayaan yang ditangguhkan ini nanti.

Namun, bagi pinjaman kad kredit yang belum dijelaskan, BNM berkata pelanggan perlu ditawarkan pilihan untuk menukar baki tertunggak kepada pinjaman jangka masa yang tidak melebihu tiga tahun. Ini secara tidak langsung bakal mengurangkan bebanan yang dirasai oleh mereka yang terjejas.

Selain itu, bagi peminjam korporat pula, pihak BNM menggalakkan institusi perbankan untuk memudahkan permintaan moratorium ini.

Sumber -- BHOnline