Penerbangan Anda Dibatalkan AirAsia? Ini Caranya Nak Dapatkan Kredit Cepat Pada Hari Sama!

PANAS
June 30, 2020 - 04:18 PM


Pengguna penerbangan tambang murah, AirAsia kini boleh mendapatkan kredit dengan lebih mudah dan cepat iaitu pada hari yang sama permohonan dibuat.

Pemegang tiket yang mendapati penerbangan mereka dibatalkan oleh AirAsia dari 23 Mac hingga 31 Ogos 2020 boleh mengekalkan nilai tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG mereka pada hari sama permohonan dibuat.

Akaun kredit boleh digunakan dalam masa 2 tahun (730 hari kalendar) dari tarikh ia dikreditkan dan tarikh perjalanan untuk tempahan baharu boleh dibuat pada bila-bila masa, selagi penerbangan tersedia untuk tempahan di airasia.com atau di aplikasi mudah alihnya.

AirAsia Virtual Allstar atau AVA akan membantu pelanggan untuk memohon Akaun Kredit mereka.

Apa yang anda perlu lakukan adalah kemukakan nama, e-mel dan nombor tempahan.

Kemudian, AVA akan memeriksa ID Ahli BIG yang diberikan untuk memastikan ia sama dengan nama serta rekod pendaftaran akaun Ahli BIG sebelum memproses kredit ke akaun mereka.

Tetamu yang telah memohon Akaun Kredit mereka akan menerima e-mel daripada AirAsia yang mana ia akan digunakan bagi membantu proses permohonan kredit pada hari yang sama.

Selain itu, tetamu juga diingatkan bahawa Akaun Ahli BIG diperlukan untuk proses pengkreditan dan ia tertakluk kepada pengesahan tempahan.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan, sila rujuk panduan di AirAsia ini.

Sumber: Newsroom AirAsia

Destination: