Penutupan Jalan Di Geogetown, Pulau Pinang Bermula Jumaat Hingga Ahad

TERKINI
March 04, 2020 - 09:47 AM


Jika anda mempunyai rencana untuk ke Pulau Pinang terutamanya hujung minggu ini (6 hingga 8 Mac), ada beberapa jalan akan ditutup sempena pelbagai jenis program yang akan berlangsung di Pulau Pinang menurut Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, penutupan jalan ini akan berlaku antara jam 5 petang 6 Mac sehingga 11 malam, 8 Mac bersempena dengan beberapa acara yang bakal berlangsung seperti Sambutan Yosakoi, Hari Wanita Sedunia dan perasmian projek Pusat Transit bagi golongan gelandangan.

Jalan raya yang bakal ditutup sempena dengan Yosakoi adalah Jalan Padang Kota Lama dan Lebuh Duke dari 5 petang hingga 12 malam pada 6 Mac manakala Lebuh Light dari bulatan King Edward ke Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Penang dan Lebuh King akan ditutup pada 7 Mac dari 5 petang hingga 11 malam.

Sementara itu, Jalan C.Y. Choy akan ditutup pada 12.01 pagi hingga 12 tengah hari pada 7 Mac sempena pelancaran Pusat Transit manakala Lebuh Duke dan Padang Kota Lama akan ditutup dari 12.01 pagi hingga 11 malam pada 8 Mac sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia.

 

Destination: