Perancis Buka Pintu Sempadan Negara, Tapi Penerima Vaksin 4 Jenama Ini Sahaja Yang Boleh Masuk

TERKINI
June 17, 2021 - 07:00 PM


Hampir dua tahun sejak negara yang menjadikan kegilaan destinasi berbulan madu, Perancis menutup pintu masuk mereka bagi mengekang penularan wabak pandemik, dan kini akhirnya mereka menerima kunjugan pelancong semula. 

Pihak berkuasa Perancis juga telah menarik semula arahan agar pelawat dari negara Eropah mendapatkan ujian saringan sebelum memasuki negara tersebut, dengan syarat, pelancong perlu divaksin sepenuhnya. 

Bermula 1 Julai ini, pelancong yang datang dari luar benua Eropah sudah boleh mula melancong ke Perancis dengan syarat yang berbeza iaitu, mempunyai sijil kesihatan digital yang sah, yang menunjukkan mereka sudah menerima suntikan vaksin yang lengkap, serta melakukan ujian saringan. 

Selain itu, beberapa negara turut diklasifikasikan mengikut kod warna berdasarkan situasi pandemik di negara tersebut dari semasa ke semasa. Negara dengan kod hijau seperti Australia, Korea Selatan, Jepun, Lebnon dan Singapura adalah negara yang tidak menunjukkan penyebaran aktif virus, manakala negara yang masih mempunyai kes aktif dan pelbagai varian diletakkan dalam kod merah seperti Argentina, Bahrain, Bangladesh, Brazil, Columbia, Nepal, Pakistan, Turki, Afrika Selatan dan lain-lain. 

Pelancong yang hadir dari negara kod berwarna hijau tidak perlu menjalani kuarantin atau ujian untuk masuk ke Perancis, namun sekiranya belum divaksin, mereka perlu melakukan ujian PCR atau antigen yang diambil dalam tempoh 72 jam sebelum penerbangan dan tidak perlu menjalani kuarantin.

Bagaimanapun, pengunjung dari negara kod merah masih dilarang masuk meskipun telah divaksin kecuali mempunyai alasan tertentu.

JENIS VAKSIN

Perancis hanya membenarkan pelancong masuk ke negara itu sekiranya mengambil vaksin yang diperakui oleh European Medicines Agency (EMA) iaitu Pfizer, Moderna, AstraZeneca dan Johnson & Johnson.