Yang Di Dalam Zon PKPD Pun Boleh Pergi Ambil Vaksin! PDRM Benarkan 3 Orang Di Dalam Sebuah Kereta

TERKINI
July 05, 2021 - 09:02 PM


Mesti ramai yang dah baca dan tengok informasi yang tular seorang lelaki pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kemudian dihalau pulang kerana hadir daripada kawasan PKPD bagi menerima vaksin. Sekarang pula, hampir separuh daripada Lembah Klang di dalam PKPD, macam mana dengan mereka yang ada janji temu vaksin? Lagi-lagi AstraZeneca yang tak boleh tukar tarikh tu. 

Baiklah, korang dah tak perlu risau, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKVAV) telah memberi pengesahan bahawa mereka yang berada di dalam kawasan PKPD akan dibenarkan untuk keluar bagi tujuan perubatan, vaksinasi, dan kecemasan. Bukti yang perlu ditunjukkan hanyalah tarikh temu janji yang tertera di MySejahtera ataupun laman sesawang. 

Selain itu, PDRM turut membenarkan 3 orang untuk berada di dalam satu kereta termasuk pemandu sekiranya keluar bagi tujuan mendapatkan vaksin.