Tidak Kira B40, M40, Atau T20, Moratorium 6 Bulan Untuk Semua Individu
TERKINIBila dah berapa kali lanjut... lanjut... dan lanjut, antara perkara yang ditunggu-tunggu oleh semua adalah bantuan yang mampu meringankan beban rakyat yang kebanyakannya kini hidup di dalam keadaan berhati-hati kerana masa depan negara dan pandemik masih lagi samar-samar.
Perdana Menteri di dalam pengumuman PEMULIH baru-baru ini mengumumkan yang kerajaan akan memberikan moratorium 6 bulan kepada kesemua individu yang mempunyai pinjaman dengan institusi kewangan tidak kisah sama ada mereka daripada golongan B40, M40, ataupun T20, termasuk juga usahawan mikro.
Selain itu, mereka yang ingin menikmati moratorium tersebut juga tidak perlu untuk mengemukakan sebarang sebab atau alasan permohonan, sebaliknya hanya perlu memohon, dan kelulusan bakal diberikan secara automatik.
Usahawan mikro yang terjejas turut layak untuk memohon moratorium ini namun kelulusan akan diberikan berdasarkan penilaian daripada pihak bank. Tarikh buka permohonan adalah pada 7 Julai 2021.