Bertabahlah... Kita Kembali Menghampiri 10 Ribu Kes Harian Selepas Lebih Sebulan Total Lockdown
TERKINIPerlu ke untuk min ingatkan? Kita dah berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak bulan Mac 2020, lebih satu tahun lepas, dan kita diletakkan pula di bawah Total Lockdown yang bermula 1 Jun 2021 dengan harapan yang kes beribu-ribu dalam negara dapat menurun, dan kita dapat kembali ke kehidupan kita yang asal.
Pada 1 Jun 2021, negara kita mencatatkan kes harian sebanyak 7105 kes baharu dan 71 kematian. Jadi, sepatutnya kita melihat trend jangkitan yang menurun daripada tarikh tersebut, kerana ramai pun yang dah tersiksa kehilangan punca pendapatan, ada yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid.
Namun, sedih sekali hari ini, 39 hari selepas kita berada di dalam Total Lockdown ataupun Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), kita mencatat pula kes harian yang menjadi rekod tertinggi sejak pandemik, berjumlah 9180 kes, menjadikan kes keseluruhan dalam negara sebanyak 817,838 kes.
Kematian yang direkodkan hari ini pula adalah sebanyak 77 kes, menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid sebanyak 5980.
BERITA BAIK
Walaupun min dah agak tawar dengan harapan nak mencapai 0 kes semula macam bulan Jun tahun lepas, 3 hari lepas negara kita mencatatkan pemberian vaksin 300,000 dos dalam masa sehari, dan semalam pula mencatatkan pemberian sebanyak 376,909.
Dengan ini semoga negara kita mencapai imuniti kelompok dengan lebih segara supaya apabila sektor-sektor perniagaan dibuka semula bagi menjana ekonomi negara, kes dalam negara tidak akan melonjak.