Perghh..Giler Berani Pramugari Ni Berdiri Atas Puncak Burj Khalifa, Mana Tak Viral Video Dia!

TERKINI
August 13, 2021 - 03:14 PM


Macam-macam idea kreatif manusia untuk menarik perhatian dunia sekarang ni, kan!

Terbaharu, aksi berani seorang pramugari tanpa rasa gentar berdiri di atas puncak bangunan tertinggi di dunia adalah sebahagian promosi yang dilakukan syarikat penerbangan milik Emiriah Arab Bersatu (UAE) -- Emirates Airlines selepas negara itu dimasukkan dalam senarai hijau United Kingdom (UK).

Memetik laporan Daily Mail, pramugari yang mengenakan pakaian seragam syarikat penerbangan itu sempat mengukir senyuman sambil berdiri atas platform kecil puncak menara Burj Khalifa setinggi 829.6 meter atau bersamaan 2,722 kaki di Dubai.

Emirates Airlines berkongsi video aksi promosi berkenaan di laman sosial rasmi mereka.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Emirates (@emirates)

‘Pramugari’ berkenaan, Nicole Smith Ludvik menyifatkan aksi tersebut adalah salah satu aksi paling menakjubkan dan menarik yang pernah dilakukannya.

Video yang difahamkan dirakam menggunakan dron meraih perhatian netizen.

Beberapa saat video bermula, penonton masih belum merasakan debaran. Namun apabila kamera mula zoom out, masing-masing meluahkan mula berasa ‘gayat.’

Rata-rata warga maya teruja dengan perkongsian video berkenaan dan meluahkan kekaguman terhadap aksi Ludvik beraksi di atas puncak bangunan 163 tingkat itu.

“Kebimbangan saya adalah apabila kamera bergerak ke belakang.”

“Dia benar-benar berada di puncak dunia !!

“Angin yang kencang di atas sana, saya kagum topi merah dipakai pramugari tidak terbang ditup angin. Iklan ini sungguh luar biasa!”

Walaupun video berkenaan hanya berdurasi 33 saat, namun proses pembikinannya bukan mudah.

Ia dikongsikan menerusi video belakang tabir yang memaparkan pelbagai latihan perlu dilalui Ludvik sebelum penggambaran.

Selain itu, aspek keselamatan turut menjadi keutamaan.

Signifikan video viral berkenaan adalah bagi menandakan kelonggaran kepada pelancong Britain yang menerima vaksin penuh Covid-19 dapat pulang dari negara itu tanpa perlu dikuarantin

Bagaimanapun, mereka mesti mengambil ujian saringan Covid-19 sebelum berlepas dan perlu mengambil ujian lanjutan pada hari ketibaan atau sebelum hari kedua mereka di Britain.

Kemasukan warga Britain ke negara itu ditangguhkan sejak awal tahun ini telah dibuka kembali selepas Pejabat Luar UK mengeluarkan UAE dari senarai Merah dan memasukkan ia ke dalam senarai hijau pada Ahad.

Sumber: Sinar Harian

Destination: