Setelah Lama Sekat Pengeluaran Alkohol, UAE Kini Buka Kilang Bir Pertama Di Abu Dhabi

TERKINI
December 28, 2023 - 12:55 PM


Setelah berdekad lamanya melakukan sekatan terhadap pengeluaran minuman beralkohol, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini telah membuka kilang bir yang pertama di negara tersebut.

Difahamkan, kilang bir tersebut di buka di Abu Dhabi dan didirikan oleh Craft by Side Hustle yang menampilkan kilang bir mikro dan gastropub yang dibuka pada sabtu di sebuah pusat beli-belah Galleria Al Maryah Island.

"Sebagai pengasas pergerakan kraf tempatan, kami mengakui tanggungjawab yang diberikan dan berasa rendah hati serta teruja untuk membuka kilang bir mikro kraf tangan pertama Abu Dhabi.

"Kami komited untuk menyediakan pengalaman (makanan dan minuman) yang inovatif dan tulen yang bersesuian dengan standard tinggi UAE," kata salah satu pendiri Side Hustle Brews and Spirits, Chad McGehee di majlis pembukaan.

Untuk info, alkohol telah dihadkan di seluruh UAE sejak ia diasaskan pada tahun 1971 di mana setiap emiriah melaksanakan tahap larangan yang berbeza-beza.

Walaupun kilang bir telah dibuka, ia bukan bermaksud sebarangan orang boleh mengambil alkohol.  Difahamkan, Emiriah Sharjah masih mengekalkan larangan sepenuhnya terhadap pengambilan alkohol.

Menurut sumber, pengambilan alkohol hanya diboleh untuk mereka yang bukan beragama Islam dan hanya dibenarkan meminumnya di tempat-tempat tertentu sahaja.

Jika didapati melanggar undang-undang tersebut, pesalah boleh dikenakan denda sehingga 2,000 dirham atau ditangkap selama 6 bulan.

 

Sumber: Sinar Harian

Destination: