Perhatian Buat Kaki Hiking! Hutan Di Selangor Ditutup Untuk Pendakian Selama 2 Bulan
TERKINIDecember 01, 2021 - 01:03 PM
Semua aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor ditutup sementara bermula hari ini (1 Disember 2021).
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi notis di laman Facebook memaklumkan, penutupan itu berkuat kuasa hingga 31 Januari 2022.
"Individu yang melanggar notis ini akan diambil tindakan mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-55447000, 03-55447507 atau e-mel [email protected]," kata JPNS.
Sebelum ini, media melaporkan Gunung Nuang dekat Hulu Selangor yang menjadi tumpuan pendaki ditutup serta-merta.
Ia termasuk larangan memasuki dan menjalankan aktiviti pendakian di dalam kawasan gunung terbabit berikutan risiko tanah runtuh dan musim tengkujuh.
Destination: