Perkhidmatan E-Hailing Dego Ride Kembali Beroperasi

TERKINI
January 02, 2020 - 10:30 AM


Dego Ride, sebuah perkhidmatan e-hailing motorsikal kembali memulakan operasi semalam (1 Januari 2020) selepas dilarang beroperasi pada 2017 disebabkan faktor keselamatan.

Dibangunkan oleh rakyat tempatan, Dego Ride pada peringkat awal akan mula menawarkan perkhidmatan kepada pengguna sekitar Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya.

Pelancaran Dego Ride di sini dijangka mewujudkan kira – kira 5,000 peluang pekerjaan terutamanya kepada mereka yang berada dalam golongan B40 iaitu kumpulan dengan pendapatan bawah 40 peratus.

Difahamkan, sambutan kepada Dego Ride sangat memberangsangkan dengan kira – kira 4,000 penunggang telah membuat permohonan.

Tambang bagi perkhidmatan Dego Ride ini adalah pada kadar RM3 untuk perjalanan sejauh 3 kilometer manakala tambahan RM1 dikenakan untuk setiap 1 km seterusnya.

Aplikasi Dego Ride boleh dimuat turun dan digunakan oleh kedua – dua peranti Android mahupun iOS.