Polis Selangor Mulakan Ops Covid 19 Malam Ini

TERKINI
March 18, 2020 - 09:12 PM


Polis Kontijen Selangor mengadakan satu operasi besar – besaran berkaitan perintah kawalan pergerakan dan operasi ini dijalankan bagi memastikan masyarakat di negeri ini faham dengan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan mulai hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat, pihak mereka menerima banyak aduan tentan orang awam yang masih berada di luar rumah dan ini jelas menunjukkan mereka gagal memahami dan mengikuti perintah yang dikeluarkan.

Difahamkan, operasi telahpun dimulakan pada 8.30 malam tadi (18 Mac), dan ia dilalukan bagi memastikan tiada orang awam yang berada di luar tanpa alasan munasabah atau berada dalam kumpulan besar. Nasihat dan pemahaman akan diberikan.

Operasi ini akan melibatkan kesemua 16 daerah yang ada di Selangor dan ‘roadblock’ akan dilakukan oleh Ketua Polis Daerah di setiap kawasan bagi memantau aktiviti orang awam dan menasihatkan mereka supaya pulang. Ketika ini, difahamkan pihak PDRM akan menggunakan kaedah nasihat, namun tidak teragak – agak untuk mengambil tindakan tegas bagi mereka yang degil.

Sementara itu, di Facebook Polis Selangor ada memuatnaik video mengenai tindakan yang diambil kepada orang awam yang tetap berdegil mahu beriadah...