Rap Trauma Dari Seorang Remaja Palestin Berumur 13 Tahun
TERKINIKeganasan, penindasan yang berlaku di Palestin belum nampak penghujungnya. Beribu protes, bantahan dan cemuhan tetapi masih tiada lagi tindakan yang cukup signifikan dalam menghentikan penindasan yang dilakukan oleh Israel.
Tidak sanggup untuk melihat statistik sebenar, berapa jumlah wanita, kanak-kanak dan warga emas yang terkorban. Hidup seperti mati, kehilangan kediaman yang didiami dari lahir. Malam yang tak sunyi dari letupan. Tiada lagi kata-kata dari ibu bapa untuk menenangkan hati anak-anak Palestin ini.
Hanya semangat untuk terus hidup yang tinggi menjadi teras kehidupan anak Palestin ini. Remaja ini baru berumur 13 tahun, berkongsi pengalaman atau lebih tepat lagi trauma peperangan yang terpaksa dilaluinya dari usia kecil melalui rap.
Lirik rapnya cukup luar biasa, namun amat sedih jika dihayati sebenar-benarnya. Seorang remaja berusia sebegini seharusnya menerima pendidikan, kasih sayang dan kebebasan yang sepenuhnya dalam persiapan untuk menjengah ke alam dewasa. Tidak faham apa itu politik, namun remaja ini kenal benar erti kedamaian.Namun apakan daya. Akibat perebutan kuasa dan harta nasib beribu remaja Palestin ini tidak terbela. Hanya doa dan sumbangan yang terdaya sahaja kita hulurkan...
MC Abdul, moga terus berkarya!