RFID Bakal Dilaksana Januari 2020, Ini Senarai Lebuhraya Terlibat

TERKINI
December 24, 2019 - 12:58 PM


Teknologi Radio Frequency Identification (RFID) bakal digunakan di 62 plaza tol bermula tahun baharu 2020 nanti.

Menurut posting yang dikeluarkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sistem pembayaran elektronik ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 dan ia melibatkan lebuhraya dengan sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1.

Dafahamkan, sistem ini akan melibatkan 62 lebuhraya ; antaranya Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Damansara – Puchong, Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX) dan beberapa lebuhraya utama lain.

RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat untuk melepasi tol, dan tag RFID adalah unik untuk setiap kenderaan.

Berikut adalah senarai lebuhraya yang TELAH menggunakan sistem RFID :

Setakat ini, pengguna RFID di Malaysia sudah mencapai 830,000 orang.