RM29 Bilion Nilai Kerugian Yang Terpaksa Ditanggung Oleh Mark Zuckerberg Akibat 6 Jam Facebook Tidak Dapat Diakses!

TERKINI
October 05, 2021 - 12:17 PM


Sekitar tengah malam tadi, semua pengguna media sosial di tiga platform terbesar iaitu Facebook, Instagram dan Whatsaap bingung kerana secara tiba tiba ketiga tiga apps tersebut tidak berfungsi secara baik. 

Disebabkan itu, ramai pengguna yang terpinga pinga dan mengeluh akan masalah yang sedang berlaku itu, Sebahagian besar dari kita menggunakan apps tersebut untuk menghubungi yang tersayang. Tidak lupa juga mereka yang menggunakannya sebagai medium perniagaan

Masalah yang disangka hanya berlaku dalam tempoh yang singkat ini dilihat telah berlarutan sehingga hampir 6 jam sekaligus menjadi gangguan terpanjang pernah berlaku dalam sejarah Facebook.

Impak daripada masalah yang berlaku, Mark Zuckerberg selaku CEO Facebook merangkap pemegang saham terbesar syarikat beliau dilaporkan terpaksa menanggung rugi sebanyak $7 bilion (RM29.22 bilion) selepas saham syarikat Facebook turun sekitar 5%.

Bukan itu sahaja, kedudukan beliau dalam senarai manusia terkaya dunia juga turun ke tempat keenam berikutan insiden yang berlaku pada platform yang digunakan ramai ini.

Untuk pengetahuan, ini merupakan kali ketiga pada tahun ini platform Facebook mengalami masalah gagal untuk diakses oleh pengguna seluruh dunia.

Destination: