Rumah Hantu Paling Ekstreme Di Dunia Tawar Lebih 83 Ribu Kepada Pengunjung Jika Bertahan

TERKINI
November 07, 2019 - 04:02 PM


Jika anda buat pencarian tentang rumah hantu ini, pastinya pelbagai hasil carian yang merujuk kepada rumah hantu ini sebagai paling seram serta boleh dikatakan ‘melampau’ sehinggakan ada laporan dan petisyen yang dibuat supaya ianya ditutup disebabkan ‘penyiksaan’ kepada pengunjung.

(AMARAN : Sekiranya anda tidak boleh tengok gambar yang extreme, JANGAN TERUSKAN PEMBACAAN)

Terbuka kepada mereka yang berusia 21 tahun ke atas, Mckamey Manor pernah memasuki rancangan Netflix bertajuk Dark Tourist (Episod 8) dan kami pernah cerita panjang lebar berkenaan dark tourism ini.

 


(AMARAN Kedua : Sekiranya anda tidak boleh tengok gambar yang extreme, JANGAN TERUSKAN PEMBACAAN)


 

Menurut ‘promosi’ terbaru mereka, pemilik Mckamey Manor menawarkan wang tunai USD20,00 atau RM83 ribu sekiranya pengunjung berjaya bertahan sepanjang perjalanan di dalam rumah berkenaan selama 10 jam.

Sepanjang 10 jam ini, pengunjung akan ditutup mata, dibaling dengan darah palsu, ‘ditanam’ dalam tanah, ditarik, ditolak serta dikunci dalam peti besi. Pendak kata ia lebih kepada penyiksaan. Jika anda menonton rancangan Dark Tourist, pemilik Mckamey Manor ini akan memberitahu kepada pihak polis dahulu sebelum menjalankan ‘penyiksaan’ mereka.

Jadi, dari segi undang-undang; pihak berkuasa memang mengetahui kewujudan rumah ini dan apa yang dilakukan kepada pengunjung.

Selain itu, satu sayarat yang ada di rumah ini adalah pengunjung tidak dibenarkan mencarut atau memegang hantu yang berada didalam rumah. Untuk keselamatan pengunjung, mereka akan diberikan kata keselamatan untuk diucapkan sekiranya mereka tidak ingin meneruskan permainan tersebut.

Misal contoh kata keselamatan adalah ‘Haloween’, sekiranya pengunjung rasa dah sampai tahap yang tidak boleh dibendung mereka hanya perlu menjerit ‘Haloween’! Dan permainan akan dihentikan dan ditamatkan serta merta.

Rumah hantu ini terbuka kepada pengunjung berusia 21 tahun ke atas, namun mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun juga boleh merasai keterujaan tersebut, cuma perlu bersama penjaga masing – masing.

Difahamkan, sehingga hari ini, ‘promosi’ berkenaan belum pernah dimenangi oleh sesiapa kerana rata-rata pengunjung tidak sanggup untuk meneruskan perjalanan mereka.

Untuk pengetahuan, rumah ini telah beroperasi sejak 2010 ye dan pengunjung boleh memilih untuk sertai permainan extreme tersebut atau hanya melawat. Bayaran tidak dikenakan untuk lawatan, tetapi pengunjung boleh memberi sumbangan.

p/s : Ada beberapa syarat yang anda kena lulus sebelum sertai cabaran; antaranya medical check-up, perlu ada insurans kesihatan, tandatangan borang persetujuan setebal 40 mukasurat.