Rusa Di Nara Park Turut Terkesan Akibat Covid-19

PANAS
February 21, 2020 - 11:11 AM


Nara Park, sebuah destinasi popular pelancongan di antara Kyoto dan Osaka dan ianya terkenal kerana menjadi ‘rumah’ kepada lebih daripada 1000 ekor rusa yang dianggap suci oleh orang Jepun.

Dibuka pada tahun 1880, ia merupakan sebuah taman santuari tertua di Jepun dan pengunjung ke Nara Park ini biasanya akan disambut dengan kelakuan rusa disini yang biasanya akan tunduk sebelum diberi makan Shika Senbei, sejenis keropok beras yang merupakan kegemaran haiwan tersebut.

Setiap tahun, kunjungan pelancong ke Nara Park amat memberangsangkan dan ini secara tidak langsung membantu rusa – rusa di sini untuk kekal sihat dan aktif.

Walaubagaimanapun, sekatan perjalanan pelancong China dan penularan wabak Covid-19 khabarnya turut menjejaskan sektor pelancongan Jepun dan Taman Nara juga antara yang terkesan teruk.

Dengan jumlah pelancong yang berkurangan secara mendadak sejak penularan Covid-19 awal Februari lalu, pengunjung yang datang ke Nara Park juga turut berkurangan dan ini secara tak langsung kurang juga makanan yang diberikan kepada rusa – rusa disini.

Situasi ini, mengakibatkan rusa – rusa disini hilang sumber makanan kegemarannya dan kurang aktif seperti biasa. Ada beberapa perkongsian di laman sosial yang menunjukkan rusa di Nara Park menjadi lapar dan mulai memakan rumput kering selain dilihat menggerumuni peniaga keropok beras untuk ‘meminta’ makanan.

 

Destination: 
;