
Salted Peanuts Yang Dijual Oleh Malaysia Airlines Sold Out Dalam Masa 5 Jam!
TERKINIDecember 09, 2020 - 02:11 PM
Sekarang ni rakyat Malaysia dah boleh pergi travel merentas negeri ke semua kawasan kecuali zon merah. Dan nampaknya ramai dalam kalangan korang yang sangat rindukan pengalaman travel dan naik kapal terbang. Baru-baru ini, Malaysia Airlines ada mengeluarkan makanan signature mereka iaitu salted peanuts pada harga RM15 untuk 10 paket. Dan sekejap je SOLD OUT.
Bukan tu je, malah paket tersebut diletakkan di dalam sebuah kotak yang sangat cantik dengan design batik Malaysia. Malah ramai juga yang memberitahu kepada Malaysia Airlines bahawa salted peanuts mereka merupakan salah satu snek yang terbaik mereka pernah makan di negara ini. Dan ramai juga yang meminta agar Malaysia Airlines restock snek tersebut secepat mungkin.
Sekarang ni korang tak boleh meletakkan order lagi dan perlu tunggu terlebih dahulu. Selain dari salted peanuts, korang juga akan diberi ganjaran 30 Enrich Miles bila order snek tersebut. Tetapi satu kekurangan produk ini adalah pada harga shipping yang agak mahal iaitu RM11 untuk Semenanjung Malaysia, RM15 untuk Sarawak, dan RM17 untuk Sabah.
Menurut seorang pengguna Facebook, Ai Shing Gooi, harga shipping tersebut agak mahal kerana Malaysia Airlines tidak menggunakan kurier mainstream seperti Poslaju atau J&T. Tapi mahal macam mana pun, nampaknya masih ramai yang kempunan nak makan salted peanuts mereka. Korang boleh pergi ke link ini untuk usha kalau mereka dah restock ke belum. Enjoy!
Destination: