Satu Lagi Kes Vaksin Tidak Disuntik Walaupun Dirakam, Jururawat Kata Tak Perasan

TERKINI
July 30, 2021 - 12:51 PM


Selepas tular beberapa kes pemberian vaksin yang tidak disuntik dengan betul, dan pemberian vaksin dengan picagari yang kosong, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa semua penerima vaksin akan dibenarkan untuk merakam proses vaksinasi untuk mengelak rasa was-was akan pemberian vaksin kosong. 

Namun, beberapa hari lepas, walaupun telah dirakam, tular pula sebuah video seorang wanita dengan nama pengguna Instagram @diyanahmaria yang telah kongsikan video proses vaksinasi beliau di WTCKL yang jelas sekali terlihat bahawa picagari tersebut tidak dipicit, dan terus ditarik keluar semula selepas disuntik.  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MarianeMaria (@diyanahmaria)

JURURAWAT TAK PERASAN

@diyanahmaria kemudian melaporkan perkara berikut kepada pegawai yang bertugas berserta bukti video yang dirakam, dan jururawat yang bertugas memberikan respon bahawa dia tidak perasan bahawa picagari tersebut tidak dipicit. 

Selepas laporan dibuat, @diyanahmaria diberikan suntikan kali kedua.