Sehari Hanya 1 Perjalanan Feri Ulang Alik Ke Langkawi Dalam Musim PKPB

TERKINI
November 09, 2020 - 03:51 PM


Bermula hari ini (9 November 2020) -- perjalanan feri ulang alik bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dihadkan kepada hanya satu perjalanan sehari sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat.

Perjalanan feri dari Langkawi ke Kuala Kedah dijadualkan pada 10 pagi, manakala feri dari Kuala Kedah ke Langkawi pada 5 petang.

Jadual perjalanan tersebut berkuat kuasa bermula esok hingga tamat tempoh PKPB.

Menurut Pengarah Laut Wilayah Utara Jabatan Laut Malaysia, Mohd Hafiz Abdul Majid -- pihaknya menerima permohonan daripada syarikat pengendali feri, Konsortium Ferry Line Ventures untuk mengurangkan jumlah perjalanan feri harian melibatkan kedua-dua laluan tersebut dan permohonan itu telah dihantar ke ibu pejabat untuk kelulusan. 

Jabatan Laut Malaysia telah meluluskan permohonan operator feri berkenaan.

Sementara itu, pihak operator juga telah memohon untuk menghentikan operasi melibatkan laluan Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis dalam tempoh PKPB.

Permohonan itu juga telah diluluskan dalam tempoh PKPB dan perjalanan feri penumpang dari Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis dihentikan operasi.

Sumber: Bernama

Destination: